Baru 5 Tahun, Kanak-Kanak Ini Hebat Kendalikan Eskavator

Kanak-kanak berusia 5 tahun kebiasaannya menghabiskan masa dengan ke sekolah mahu pun bermain gajet atau pun bersama rakan-rakan. Namun berbeza bagi kanak-kanak seusia ini di Kota Ambon, Kepulauan Maluku, Indonesia.

Kanak-kanak bernama Theo Paays ini handal mengendalikan eskavator (jentera pengorek tanah) membuatkan video aksinya itu telah menjadi tular di sosial media. Bayangkanlah budak yang usianya baru sahaja 5 tahun sudah boleh mengendalikan jentera berat sebegini.

Menerusi kapsyen di laman sosial itu, anak kecil dari Desa Hurumuri ini menggunakan jentera berat itu untuk mengalihkan sisa yang tersekat di dalam sungai berhampiran rumahnya selepas banjir surut.

Aksi kehebatan anak kecil ini menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas seorang pengguna Facebook berkongsikannya di laman sosial tersebut. Menerusi video tersebut turut kelihatan Theo Paays membantu mengangkat batu besar untuk menyekat air banjir yang memberikan bekalan sumber air bersih kepada penduduk tempatan.



Berikut adalah aksi kanak-kanak ini hebat kendalikan eskavator yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook:

Kendalikan Eskavator 3

Aksi kanak-kanak ini hebat kendalikan eskavator telah meraih lebih dua ribu tanda suka. Rata-rata warganet turut kagum dengan kebolehan anak kecil ini dan meninggalkan reaksi mereka ini di ruangan komen seperti berikut:

“Mungkin belajar dari mainan kenderaan yang dia punya”



Kendalikan Eskavator 1

“Bakat yang sangat luar biasa”

Kendalikan Eskavator 2

Kredit : Himpunan Cerita Lawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker