Anwar beri pertimbangan serius permintaan MIC

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengkaji permintaan MIC agar wakil daripada parti itu dapat diberi peranan lebih besar dalam kerajaan.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan berhubung perkara itu.

Bercakap di hadapan ribuan anggota MIC serta Presiden parti itu, Tan Sri SA Vigneswaran di ibu pejabat MIC di sini Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah berhubung perkara itu.



“Perlu saya ulangi, bahawa anda telah menunjukkan keyakinan (terhadap Kerajaan Perpaduan) dan pastinya saya amat menghargainya. Saya dan pergi ke serata negeri, terutama di sebelah pantai barat, dalam setiap majlis yang saya sertai, saya lihat pemimpin MIC turut sama hadir beri komitmen serta penghormatan. Untuk itu, saya ‘salute’ anda,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO.

Terdahulu, Vigneswaran dalam ucapannya membangkitkan isu kekurangan wakil daripada MIC dalam pentadbiran kerajaan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), selain menyuarakan rasa tidak senang hati dengan isu pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

MIC dan MCA sebelum ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertanding dalam PRN, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.



Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut meminta supaya diberikan masa untuk menunaikan janji-janjinya, terutama berhubung usaha membasmi kemiskinan pelbagai kaum, termasuk kaum India.

“Tidak ramai dalam kalangan kaum Melayu saya berani bersuara secara terbuka, bukan hanya dalam Parlimen, tapi juga di luar Parlimen, untuk mengakui bahawa majoriti yang miskin adalah kaum Melayu, namun yang lebih miskin lagi adalah dalam kalangan kaum India. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menangani perkara ini, tanpa mengira bangsa.

Anwar berkata, negara memerlukan satu dasar membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Beliau seterusnya menyampaikan penghargaan terhadap MIC atas sokongan padu mereka kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH-BN, dan berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membalas sokongan itu bagi menunjukkan rasa hormat kepada kaum India dalam negara.



“Yakinlah, bukan sebab saya mahu anda tunjuk sokongan kepada kerajaan dalam PRN, saya dah katakan perkara ini berulang kali sebelum ini,” katanya.

“Sebagaimana saya yakin dengan Vicky (Vigneswaran), anda (anggota MIC) perlu yakin dan percaya kepada saya,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen



David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker