Bersaing di pentas sama, tangisan peserta Big Stage 2020 iringi pemergian Sandra

Pemergian penyanyi, Sandra Dianne awal pagi tadi sememangnya memberikan satu khabar duka buat sahabat handai dan juga keluarga allahyarham.

Sandra yang juga merupakan peserta program Big Stage 2020 yang sedang berlangsung ketika ini telah terlibat dengan kemalangan dan terlantar koma selama hampir seminggu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 1 pagi tadi.

Rakan2 rasa terkesan

Pemergian Sandra ini sudah tentu memberikan kesan yang amat mendalam buat ahli keluarga Big Stage khususnya para peserta kerana keakraban yang dibina sejak ia bersiaran bermula awal Ogos yang lalu.



Menerusi Instagram para peserta program realiti tersebut, mereka telah meluahkan rasa sedih diatas pemergian sahabat mereka yang sepatutnya masih berjuang bersama dalam pertandingan yang sudah memasuki minggu ke-4 ini.

 



 

Kenang momen bersama Sandra

Rata-rata daripada mereka mengakui amat terkesan dengan pemergian Sandra kerana begitu dekat dengan penyanyi kelahiran Sabah itu apabila bersaing di dalam pertandingan Big Stage.

 



 

 



 

Pada minggu terakhir sebelum Sandra terlibat dengan kemalangan, dia telah menyampaikan lagu Aku, Kau dan Muzik yang berduit dengan penyanyi Sufi Rashid.

Persembahan tersebut adalah persembahan terakhir buatnya di pentas Big Stage apabila hajat meneruskan persembahan pada minggu lepas tidak kesampaian apabila berada dalam keadaan koma dan dia terpaksa direhatkan atas persetujuan semua.



 

 

Jenazah allahyarham dikhabarkan akan di bawa pulang ke Sabah dan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran.



Salam takziah buat keluarga allahyarham dan semoga orang-orang di sekeliling arwah tabah menerima ketentuan ini.

Sumber: Instagram, OhMyMedia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker