Sebelum bergelar senator, Ras Adibah makan nasi dgn garam, minum air paip selama 6 tahun

Share

Senator Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecewanya apabila banyak kemudahan awam yang dikhaskan oleh orang kelainan upaya (OKU) digunakan pihak yang tidak berhak dipercayai berpunca kepada tiadanya penguatkuasaan.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai “tidak sabar nak jadi OKU,” Ras Adiba berkata ramai yang ingin mengetahui status dan pencapaian pelan induk aksesibiliti yang diperkenalkan oleh kerajaan dan adakah ia akan diteruskan atau sebaliknya.

“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OKU.


“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OKU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.

“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OKU.

“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya di Dewan Negara ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.


Tambah Ras Adiba, dia juga meminta kerajaan menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur di insitutsi pengajian tinggi dan sekolah secara berperingkat.

Menyentuh mengenai isu sektor pekerjaan dan pengangguran dalam kalangan OKU, senator mewakili OKU di Dewan Negara itu berkata syarikat swasta wajar memberi peluang kepada golongan terbabit bekerja.

Tambahnya, matlamat kerajaan dalam memastikan 1 peratus OKU dalam kerajaan juga masih tidak dicapai walaupun sudah tiga dekad berlalu sejak ia dinyatakan.


“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU.

Makan nasi dgn garam,minum air paip

“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.

“Sukar saya bukan kepalang.. saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya.

Ras Adiba Radzi Buka Tudung Selepas Dilantik Jadi Senator?

Selepas dilantik menjadi senator di Dewan Negara, Ras Adiba Radzi didakwa kembali membuka tudung.

Bagaimanapun bekas personaliti televisyen itu menyangkal dakwaan terbabit.

Katanya sebelum ini dia tak pernah bertudung, hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepalanya.

“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa,” komennya.

Sebelum ini dalam kemas kini di Intagramnya, Ras tampil dengan imej menutup kepala dan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban.

Sejak tahun 2013 lagi, Ras tampil dengan imej berturban ketika membaca berita di saluran TV tempatan.

Ras berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali pada Mac 2019.

Beliau juga merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral telah mengangkat sumpah sebagai senator Dewan Negara pada 20 Mei 2020. MB

One thought on “Sebelum bergelar senator, Ras Adibah makan nasi dgn garam, minum air paip selama 6 tahun

  • September 11, 2020 at 11:56
    Permalink

    Lantak dia lah nak bukak apa pun.. Suami dia ada sebagai penasihat…

    Reply

Leave a Reply