Peluang pembangkang ambil alih Sabah

Share

Pembangkang berpeluang mengambil alih kerajaan Sabah sekiranya isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya diselesaikan dengan baik dan teratur.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menyifatkan pembahagian kerusi sebagai perkara pokok yang perlu diberi perhatian jika mahu menumbangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Jika Bersatu, UMNO atau pembangkang sekarang dapat mengagihkan kerusi dengan betul dan menyelesaikan isu agihan kerusi dengan baik mereka mempunyai peluang mengalahkan Shafie Apdal.


“Rekod Ketua Menteri Sabah itu dalam tempoh 26 bulan (berkuasa) ini juga bermasalah iaitu dari segi janji dan pelaksanaan projek pembangunan di negeri Sabah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bagaimanapun, Jeniri berkata, masih terlalu awal untuk memuktamadkan keputusan parti mana bakal menerajui negeri berkenaan sehingga pengagihan kerusi dan pencalonan selesai dibuat.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN, PN dan sekutu untuk PRN Sabah hampir 95 peratus siap dan akan diumumkan hari ini (8 September 2020).


Beliau berkata, BN, PN dan sekutu mereka mencapai konsensus mengenai peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan penggunaan logo parti bagi pilihan raya itu.

Annuar yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah memaklumkan pembangkang akan memastikan calonnya tidak bersaing antara satu sama lain dan ahli parti akan menyokong wakil yang dicalonkan. Sinar

Leave a Reply