MCA komponen BN, sebahagian kerajaan PN, kata Wee

Share

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata presiden parti itu, Wee Ka Siong.

“Dalam konteks BN ia mengandungi Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBS)… itu sahaja.

“Jadi, kita sebahagian daripada kerajaan memerintah, iaitu Perikatan Nasional,” katanya ketika ditanya adakah MCA salah sebuah parti yang terlibat dalam permohonan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN).


Wee yang juga menteri pengangkutan ditemui pemberita selepas merasmikan platform e-dagang pelancongan runcit pertama Malaysia iaitu shopMYairports oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), di sini, hari ini.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 27 Ogos lepas dilaporkan berkata, parti di bawah BN tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu, sebaliknya sokongan BN kepada PN hanya melibatkan sokongan ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Leave a Reply