Pengapit join sekaki ‘buat hal’!-“Pengantin terpaksa tegur saya suruh bangun” [VIDEO]

Share

MANA-mana bakal pengantin pastinya mengalmi darah gemuruh untuk bergelar pasangan Raja Sehari walaupun masing-masing ditemani pengapit.

Namun, lain pula kisah sebuah majlis perkahwinan apabila seorang pengapit kepada pengantin lelaki ‘buat hal’ di pelamin.

Menerusi satu klip video, seorang pengapit lelaki turut duduk bersama pasangan pengantin di bangku di pelamin, manakala pengapit perempuan kekal berdiri.


Berkongsi kisah melucukan itu kepada mStar, pengapit berkenaan, Muhammad Naqib Sallehuddin berkata, insiden berlaku ketika seorang sahabatnya sejak kecil melangsungkan majlis perkahwinan di Shah Alam, Selangor pada minggu lalu.

Reaksi Naqib (berdiri, kiri) selepas menyedari dia duduk bersama pasangan pengantin.

Pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu, dia sebenarnya pertama kali melalui pengalaman sebagai pengapit kepada pengantin.


“Kalau ikutkan saya tak nak jadi pengapit. Sebelum ini pun kalau bergambar dengan pengantin di pelamin mesti beramai-ramai, bukan dengan pengantin je.

“Sebab saya tak pernah jadi pengapit dan saya tahu akan nervous atas pelamin tu. Serius saya rasa lain macam menjelang hari perkahwinan tu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Naqib, dia bagaimanapun menyahut cabaran itu selepas dipujuk sahabatnya untuk melalui pengalaman sebagai pengapit.


“Nak dekat majlis kahwin tu saya siap minta tukarkan orang lain gantikan saya jadi pengapit. Sebab saya memang tak nak dari awal pun.

“Tapi saya teruskan juga sebab pengantin lelaki adalah sahabat saya. Kami rapat sejak sekolah rendah. Saya teruskan juga atas pujukan dia,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam.

Naqib (kiri) pertama kali menjadi pengapit pengantin.

Namun kata Naqib, dia tidak berkesempatan untuk menyertai raptai bagi aturcara majlis perkahwinan yang diadakan sebelum majlis diadakan pada waktu malam.

“Kebetulan hari dia kahwin tu saya kena kerja dan tak dapat dielakkan. Ada latihan untuk pengantin dan pengapit di sebelah siang.

“Majlis bermula jam 8 malam, dan saya tiba di dewan berkenaan pada jam 7 malam. Memang tak sempat nak berlatih kerana kesuntukan masa.

“Sudahlah pertama kali jadi pengapit, tak ikut berlatih pula. Bertambah gemuruh saya dibuatnya tapi ikutkan saja pengantin dan pengapit perempuan,” ujarnya.

Kalau ikutkan saya tak nak jadi pengapit. Saya tahu akan nervous atas pelamin tu.

MUHAMMAD NAQIB SALLEHUDDIN

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia bagaimanapun tidak menyedari apa yang berlaku selepas naik ke atas pelamin sehingga ditegur oleh pengantin lelaki.

“Entah apa yang saya fikir kat atas pelamin tu. Tiba-tiba dia (pengantin lelaki) tegur saya suruh bangun. Ya Allah saya turut sama duduk dengan pengantin rupa-rupanya.

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya saya. Rasa nak tergelak kat diri sendiri pun ada sebab kelakar. Masa tu fikir cepatlah habis majlis ni,” ujarnya secara berseloroh.

Naqib (kanan) bersama pengantin lelaki yang merupakan sahabatnya sejak kecil.

Bagaimanapun, Naqib yang bertugas sebagai penghantar makanan itu tidak serik dengan kejadian lucu yang menlmpanya.

“Tak tahulah kenapa saya nervous sangat hari tu. Tapi macam kata pengantin, jadikan ia sebagai pengalaman dalam hidup.

“Kalau ada yang nak saya jadi pengapit lain kali, saya akan fikirkan dulu. Pengajarannya kena ikut rehearsal sebab gemuruh akan hilang atau kurang kalau ada persediaan,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!