Relevenkah Simbol DACING?

Share

Relevenkah Simbol DACING?

7 PRK dimenangi dengan penuh bermaruah,

Memadamkan segala tohmah,

Menafikan prasangka gundah,

Menutup nista dan seranah

Bahawa,
Simbol itu sudah tercela,
Simbol itu sudah tidak bermaya,
Simbol itu sudah tiada pendokongnya
Sebaliknya,
Dacing lambang kesaksamaan,
Dacing Penjana kemakmuran,
Dacing Pencetus keharmonian,
Pemangkin kesejahteraan dan kestabilan
Buat para pendokong dan pejuang,
Kibarkan panji-panji dengan penuh keinsafan,
Buang segala kesombongan,
Hentikan sebarang persengketaan,
Amanah kepercayaan jangan sesekali dipersiakan
Yang penting,
Kita kekal Bermuafakat
Kita terus Bermanfaat
Kita istiqomah Berkhidmat
Demi Agama, Demi Negara dan Demi Rakyat
Nukilan,
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
30 Ogos 2020

Leave a Reply