Covid-19 : 6 kes baru hari ini

Terdapat 6 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 7 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 9 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 6 memerlukan bantuan alat pernafasan.



Setakat ini, Malaysia melaporkan 9,291 kes Covid-19 dengan 8,978 daripadanya sudah sembuh.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker