Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Cermin Kereta Pecah Akibat Pekerja Mesin Rumput Di Tepi Jalan

Share

Kemalangan dan kecelakaan ketika berada di atas jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walaupun tidak mengetahu detik tepat kita akan berhadapan dengan situasi yang kurang baik ini namun ianya adalah lebih baik untuk bersedia berhadapan dan mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.

Jika sebelum ini kita sering membaca perkongsian tentang bagaimana untuk kita bertindak sekiranya terlibat dalam kemalangan dengan kereta lain, kali ini pula kita akan mempelajari apa yang perlu dilakukan jika kereta kita mengalami kerosakan berpunca daripada pekerja pembersihan jalan seperti pemotong rumput.

Perkongsian bermanfaat daripada pengguna Facebook Mohd Aminudin mengenai perkara itu yang mula dikongsikan sejak Julai lalu kembali tular beberapa hari ini dan kini anda boleh membaca apa yang perlu dilakukan jika terlibat dalam situasi yang kami jelaskan tadi di bawah.


Berikut adalah perkongsian penuh daripada beliau untuk mengetahui apa yang perlu anda lakukan sekiranya cermin kereta anda pecah atau mengalami kerosakan berpunca daripada tindakan pekerja pembersihan yang berada di tepi jalan ini di bawah.

“Jika anda sedang memandu di sebatang jalan dan tiba-tiba terdapat batu yang melantun ke arah cermin kereta anda sehingga menyebabkan ianya pecah akibat daripada pekerja mesin rumput di tepi jalan.

Apa yang harus anda lakukan?”


Jangan panik dan berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja mesin rumput tersebut. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput itu.

Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans?

Ini kerana pihak berkuasa tempatan mewajibkan mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.


Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan Cover Note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Setelah anda mendapat nama syarikat tersebut, semak dengan pihak syarikat dimanakah bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit?

Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada maklumat kad pengenalan lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh, masa kejadian,serta nama jalan dan juga kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang. Vocket

Leave a Reply