PAS hanya jemput Exco Kedah, bukan Umno – Suraya Yaacob

PAS hanya jemput Exco Kedah, bukan Umno – Suraya Yaacob

Ketua Penerangan Umno Kedah Suraya Yaacob, menjelaskan undangan PAS ke muktamar parti itu dibuat atas kapasitinya sebagai Exco negeri, bukannya atas tiket parti.

Suraya yang juga Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga negeri, berkata beliau juga tidak pernah sekali pun hadir ke mana-mana Muktamar Tahunan PAS, mahu pun mesyuarat di peringkat kawasan PAS atau negeri Kedah, sepanjang empat tahun Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan.



“Pada 30 Ogos, saya ada menerima jemputan Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah Zulkifli Yahya, ke Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Kedah. Jemputan dibuat atas tiket Exco kerajaan negeri dan langsung tidak membabitkan kapasiti pimpinan Umno atau institusi kepartian.

“Malah, ketika berbual dengan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, pada majlis di Pulau Bunting, Yan, pada 1 September lalu, beliau berseloroh memberitahu Muktamar Tahunan PAS dibuat serentak dengan lawatan rasmi perdana menteri ke Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Namun, katanya, Takiyuddin langsung tidak menyebut tentang sebarang jemputan kepada kepimpinan Umno di peringkat pusat mahu pun negeri, ke muktamar berkenaan.

“Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah Jamil Khir Baharom yang berada di majlis yang sama juga tidak dimaklumkan tentang sebarang undangan ke muktamar berkenaan,” katanya.



Sementara itu, Suraya menasihatkan PAS agar lebih ikhlas dan bercakap benar kepada rakyat tentang soal jemputan atau kehadiran kepimpinan Umno ke muktamar itu.

Hari ini, Takiyuddin berkata, pihaknya ada menghantar jemputan secara fizikal ke pejabat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang diterima oleh pegawainya, selain jemputan menerusi e-jemputan di emel.

“Saya boleh bagi tahu pegawai yang mengambil jemputan ni, kita boleh bagitau… jadi kita anggap benda itu telah sampai (ke tangan presiden) bila sampai ke ibu pejabat parti itu,” katanya sambil menambah PAS turut menghantar jemputan kepada Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Presiden MIC, S A Vikneswaran.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan, maklum balas mengenai kehadiran perlu dibuat sebelum 20 Ogos, namun pimpinan BN tidak memberi sebarang respons.



“Jemputan itu dihantar lebih awal sebab kita ada RSVP kan.. sila beri maklum balas sebelum 20 Ogos, maknanya sebelum 20 Ogos la,” katanya. FMT

PAS hanya jemput Exco Kedah, bukan Umno – Suraya Yaacob


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker