200 ahli Bersatu Kelantan keluar parti – Laporan

Share
Bekas timbalan pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah, mengumumkan 200 ahli Bersatu negeri keluar parti pada sidang media di Kota Bharu hari ini.

Sazmi, yang dipecat dari parti Sabtu lalu, dipetik Bernama berkata kumpulan itu membuat keputusan berkenaan kerana mereka merasakan bahawa parti itu telah menjauhkan diri dari objektif asalnya untuk memerangi kleptokrasi.

“Kami tidak boleh menerima keputusan membawa keluar Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menubuhkan sebuah gabungan kerajaan baharu yang terdiri daripada parti yang kami lawan bermati-matian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya pada sidang media di Kampung Biah, Perol, di Kelantan.

Antara yang dilaporkan keluar parti hari ini ialah setiausaha Bersatu Kelantan, Anuwar Hamzah dan timbalan ketua Bersatu Bahagian Ketereh, Dr Hanafi Ismail.


Sazmi ialah antara sembilan anggota Bersatu Kelantan yang dipecat pada Khamis lalu.

Leave a Reply