Lelaki tunjuk kemaluan kepada wanita diburu polis

Lelaki tunjuk kemaluan kepada wanita diburu polis

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dalam satu kejadian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terdahulu, rakaman video mengenai perbuatan lelaki itu tular selepas dimuat naik ke dalam laman Twitter kira-kira pukul 9 malam tadi.



Menurut Cheng San, siasatan polis mendapati, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam di kawasan parkir kenderaan berdekatan Pizza Hut Alma, di sini.

“Suspek atau lelaki terbabit yang tidak diketahui bangsanya dikatakan datang ke tempat tersebut menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu.

“Ketika kejadian, suspek menghampiri pengadu iaitu seorang wanita warga tempatan yang berada di dalam sebuah kereta.

“Dia (suspek) kemudian membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu sebelum beredar tidak lama kemudian,” katanya di sini, hari ini.



Jelas Cheng San, susulan kejadian berkenaan, pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Polis mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334 atau berhubung dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau. Utusan

Lelaki tunjuk kemaluan kepada wanita diburu polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker