5 sekolah di Kedah ditutup, perintah kawalan pergerakan bersasar di 4 mukim, kampung

Kerajaan Kedah mengarahkan 5 sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang dikaitkan dengan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Sivagangga ditutup mulai semalam hingga 29 Ogos ini dalam usaha menyekat penularan Covid-19.

Kerajaan negeri dalam kenyataan semalam berkata, sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu, manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

“Semua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian,” menurut kerajaan Kedah.

Perkara itu diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor semalam sejajar pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersasar (Temco) di Mukim Ah, Hosba dan Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).



“Ia melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius 1km dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh.

“Oleh itu, semua guru yang tinggal di kawasan Temco sama sekali tidak dibenarkan hadir bertugas, manakala guru yang tinggal di luar kawasan berkenaan tidak dibenarkan ke sekolah yang berada berhampiran kawasan Temco.

“Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan Temco, tetapi perlu melalui kawasan berkenaan dibenarkan.” FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker