Tuntutan ke atas Sabah isu basi dan berniat jahat

Share

SHAH ALAM – Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah isu basi yang berniat jahat dan dilihat sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pakar Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke dalam undang-undang antarabangsa untuk Malaysia dibentuk bermula 16 September 1963.

“Sudah tidak ada isu lagi Sabah ini dituntut atau dianggap sebagai luar Semenanjung Malaysia kerana Sabah adalah di dalam Persekutuan Malaysia yang sah dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada kedaulatan Malaysia.

“Pada saya ini tidak lain tidak bukan adalah satu usaha jahat pihak tertentu untuk mengelirukan rakyat Sabah. Pihak tertentu ini cuba memenangkan pihak yang tidak bertanggungjawab apabila menimbulkan semula isu basi ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Salawati menegaskan bahawa isu berkenaan seperti sengaja dibangkitkan semula untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

“Kita faham bahawa di Sabah banyak masalah rakyat tidak berdokumen yang mana mereka bersalah-silah dengan orang dari Filipina namun seperti kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai usaha telah dibuat untuk mendokumentasikan mereka dengan mengikut saluran yang benar.

“Bagi saya, sebenarnya isu Sabah ini tidak perlu dilayan. Sebagaimana kita tahu Filipina tidak pernah menggugurkan tuntutannya terhadap Sabah,” kata Salawati.

SH

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!