DAP SENGAJA MEMECAH KAUM DI ANTARA KAUM MELAYU DAN BUKAN MELAYU?

Sejak akhir-akhir ini, cybertrooper PH khususnya RBA DAP begitu ‘bertungkus-lumus’ menyebarkan propaganda dalam Bahasa Melayu untuk menyerang, menabur fitnah dan membuat tuduhan palsu terhadap MCA. Mereka sengaja menghasut rakyat khususnya masyarakat Melayu untuk marah, benci dan tidak menyokong MCA sehingga sanggup membakar api perkauman, sentuh isu sensitif asalkan niat mereka tercapai.

Rakyat tidak pernah lupa apa yang DAP pernah buat sejurus mendapat kuasa pada Mei 2018.

1. Lim Guan Eng mendakwa kerjasama UMNO-PAS umpama pengisytiharan perang terhadap golongan bukan Melayu. Orang Melayu tidak mahu bermusuh dengan orang bukan Melayu, jauh sekali untuk ‘berperang’. Guan Eng perlu tahu yang ditentang bukannya orang bukan Melayu, tetapi DAP!!!

https://www.malaysiakini.com/news/466850

2. Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Nga Kor Ming telah mendakwa kerjasama UMNO – PAS akan memecah-belahkan rakyat. Kor Ming turut berkata ia akan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.

https://malaysiagazette.com/…/malaysia-jadi-afghanistan-di…/

3. Telah tersebar klip video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi bercakap dalam bahasa Cina menjelaskan tulisan jawi tidak terhad kepada penulisan agama Islam tetapi ia turut digunakan dalam pelbagai bahan bacaan termasuk buku lucah.

https://malaysiagazette.com/…/mp-dap-mengaku-guna-slaid-tu…/

4. Tersebarnya komik propaganda “One Belt One Road” atau ‘Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI)’ hasil ciptaan Superman DAP, Hew Kuan Yau yang mengagung-agungkan komunis sehingga menghina orang Islam dan memperlekehkan nilai patriotik negara. Paling mengejutkan, komik ini telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk dijadikan bahan bacaan para pelajar!

https://www.malaysiakini.com/news/497143

Jadi, adakah logik DAP menuduh MCA menjadi ‘abang long’ setelah PN mentadbir negara? Apa logik MCA jadi ‘abang long’ hanya dengan dua kerusi Ahli Parlimen? Sedangkan DAP ada 42 termasuk 1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat?

https://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html…

DAP tidak perlu pentingkan diri sendiri dengan sengaja menabur fitnah hanya kerana ingin melihat pepecahan kaum diantara orang Melayu dan bukan Melayu. Sedarlah hakikat bahawa rakyat semakin bijak, mereka tidak akan percaya dengan fitnah yang sengaja direka-reka demi kepentingan politik. Berikan keutamaan kepada kebajikan mereka, amalkan politik yang bersih dan matang. Itu lebih baik!

#tolakdap
#tolakrasis
#bersamamca

oleh Lau Chin Kok
FB News
https://www.facebook.com/KeykokLau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker