PRN Johor : Lima Ikhtiar BN Demi Kestabilan Masa Depan

Oleh Leftenan Adnan

Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Ikhtiar BN Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ia dilaksanakan secara hibrid itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN),



Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad telah membentangkan Ikhtiar BN Johor yang bertemakan Kestabilan Masa Depan, yang menggariskan lima teras utama.

“Antara lima ikhtiar termasuk Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan Pentadbiran Berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan Reformasi Politik.”

“Ikhtiar BN Johor terdiri daripada lima ikhtiar untuk mencapai dan menyokong matlamat utama BN Johor iaitu untuk menjadikan Johor sebagai negeri yang makmur didukung oleh naratif politik baharu yang matang lagi stabil.”

“Sudah tiba masanya untuk semua menentukan masa depan stabil,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker