BN umum 5 ‘ikhtiar’, rancang teruskan dana pada pembangkang

Sama seperti di Melaka, BN Johor juga merancang untuk meneruskan pemberian dana kepada wakil rakyat pembangkang jika menang dalam pilihan raya kali ini.

Pengerusi BN negeri Hasni Mohammad menyatakan perkara itu ketika melancarkan “Ikhtiar BN Johor”. Dia menyifatkan manifesto tersebut sebagai ikhtiar dan bukan “berjanji”.

Langkah itu dilihat ekoran serangan BN terhadap PH yang didakwanya gagal menunaikan janji yang tersenarai dalam manifestonya pada PRU lalu.

Sebaliknya, Hasni menyatakan rangka umum yang merangkumi lima ikhtiar, iaitu kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, orang muda, pentadbiran berintegriti dan reformasi politik.

Di bawah ikthtiar reformasi politik, Hasni berkata pentadbiran akan meneruskan peruntukan RM200,000 kepada semua Adun, tanpa mengira di pihak kerajaan atau pembangkang.

Beberapa kerajaan negeri BN tidak lagi menafikan dana kepada pembangkang, atas kesedaran mereka mungkin perlu bergantung kepada pembangkang jika berlaku ketidakstabilan politik di tengah jajaran politik yang boleh berubah.

“Selain itu, bagi memperkasa peranan demokrasi, dengan mandat dua per tiga, persempadanan semula akan dilaksanakan bagi kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi yang ramai,” katanya.

Susulan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik, jumlah pengundi telah meningkat.

Kerusi DUN seperti Tiram, Kota Iskandar dan Puteri Wangsa menyaksikan peningkatan daripada antara 60,000 dan 70,000 pengundi kepada 105,000 dan 116,000 pengundi – setara dengan jumlah pengundi kerusi Parlimen sebelum dasar itu dilaksanakan.

Kata Hasni lagi, BN Johor juga merancang agar semua wakil rakyat mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta menetapkan indeks pencapaian utama (KPI) untuk mereka.

Di bawah ikthiar kesejahteraan rakyat, Hasni berkata BN akan memberi bantuan wang tunai tahunan sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM7,000.

RM500 pula akan diberikan kepada pelajar universiti daripada keluarga B40 setiap tahun.

Hasni turut membangkitkan soal membangunkan semula ekonomi Johor, termasuk melanjutkan pinjaman tanpa faedah kepada peniaga.

Dia juga berkata mereka akan memberi tumpuan terhadap kemudahan pengangkutan awam, termasuk mengintegrasikan Bus Rapid Transit (BRT), Rapid Transit System (RTS) dan Light Rail Transit (LRT).

Hasni turut mengakui keperluan menyelesaikan isu perumahan secara menyeluruh serta menggiatkan usaha menangani perubahan iklim menerusi pematuhan pematuhan Economic, Social and Governance (ESG) inisiatif Green Deal.

“Ikhtiar dan inisiatif utama yang telah saya sebutkan secara ringkas tadi merupakan ikhtiar dan inisiatif yang realis. Kita tidak berjanji. Kita berikhtiar,” katanya dalam acara yang turut disiarkan secara dalam talian.

Kempen PRN Johor bermula pada 26 Februari lalu dan pengundi akan membuat pilihan pada 12 Mac ini.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker