PRN Johor : Calon UMNO Fasih Berbahasa Mandarin

Oleh Leftenan Adnan

Calon Barisan Nasional (BN) dari parti UMNO untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N50 Bukit Permai, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor yang sudah sinonim dengan masyarakat setempat lebih 25 tahun itu merupakan calon muka baru yang dipekenalkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini.

Beliau yang mula menyertai UMNO dalam politik sejak tahun 1997 sebagai ahli biasa sehingga kini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai. Pengalaman sebagai Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Kulai sudah semestinya keadaan dan isu tempatan sudah dekat dengannya untuk difahami dan diselesaikan dengan segera.



Keunikan bagi seorang calon berbangsa Melayu ini, beliau amat fasih untuk berbahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Foon Yew, Johor Bahru. Selain itu, beliau yang memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) senang dan mudah didekati oleh setiap lapisan masyarakat setempat dengan sikap mesranya.

Ayah kepada lima anak ini amat prihatin terhadap soal kebajikan masyarakat khususnya di kawasan Kulai ini sejak sebelum ini apabila beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Pengerusi PDK Al-Firdaus (OKU) Kulai, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pengerusi Kehormat Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Kulai.

Dato, Mohd Jafni berkata keadaan serta isu setempat itu agak berbeza bagi Dun Bukit Permai kerana geografi dan pola penduduk kawasan DUN Permai terdiri dari kawasan separa Bandar, Felda, kampung tradisi, kampung baru serta kawasan ladang. Kepercayaan dan sokongan di mohon untuk BN pada kali ini bagi kestabilan kepada pengundi Dun Bukit Permai.

Rata-rata para pengundi di sekitar kawasan berkenaan menerima baik pencalonan Dato’ Mohd Jafni yang sudah dikenali lama yang aktif soal kebajikan masyarakat setempat dan sebagai Ketua Whip Ahli Majlis.



Dato’ Mohd Jafni akan berdepan saingan empat penjuru dengan calon dari Parti Ikatan Malaysia (MUDA) Azrol Rahani, Mokhtar Abdul Wahab (PEJUANG) dan penyadang sebelum ini dari Perikatan Nasional (PN) Tosrin Jarvanthi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker