LSE sahkan Jalil Rasheed bukan graduannya

London School of Economics and Political Science (LSE) menjelaskan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Jalil Rasheed tidak boleh menganggap dirinya graduan universiti penyelidikan itu, demikian menurut satu laporan.

Ketua Perundangan LSE, Kevin Haynes dipetik The Edge berkata, ijazah dalam bidang ekonomi daripada Universiti London (UoL) tidak sama dengan ijazah daripada LSE.

“Kami tidak menganggap graduan UoL ialah lulusan LSE,” lapor The Edge memetik Haynes dalam e-mel bertarikh 1 Julai lalu menjawab pertanyaan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menurut laporan itu, sebelum penjelasan itu, e-mel daripada Penolong Pengarah Eksekutif LSE, Leda Cosentino menyatakan ijazah daripada UoL yang bekerjasama dengan LSE, boleh disebut secara tepat sebagai ijazah daripada LSE.



UoL dan LSE menjalin kerjasama di bawah nama UoL.

Menurut laporan itu, jawapan berkenaan menunjukkan kenyataan yang Jalil, memiliki ijazah UoL, bukannya lulusan LSE adalah betul.

Jalil meletak jawatan daripada PNB pada 13 Jun lalu, selepas 9 bulan dilantik ke jawatan itu, atas alasan peribadi.

Tetapi, pihak berkuasa dilihat mencadangkan ia berhubung percanggahan dalam kelayakan akademiknya.



Pada 16 Julai lalu, Dewan Rakyat diberitahu yang LSE mengesahkan Jalil bukan graduan mereka.

Jalil melalui Twitternya berkata, beliau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan hala tuju syarikat itu.

“Jika seseorang tidak menyukai saya, (mereka) boleh saja beritahu saya, dan saya akan letak jawatan. Mudah.”

Katanya, beliau ialah pelajar luar UoL dan perkara itu diketahui majikan serta rakannya. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker