Covid-19 : KKM kenal pasti dua lagi kluster baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM telah mengenal pasti dua lagi kluster baharu yang telah menjangkiti enam individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama yang dikenal pasti merupakan kluster Hyde Park dan kluster pesakit di bawah pemantauan (PUI) Melbourne.

Bagi kluster Hyde Park, Dr Noor Hisham menjelaskan ia membabitkan seorang warga asing yang bekerja sebagai kru kapal dan kini sudah menjangkiti empat individu.

“Kluster Hyde Park melibatkan bukan warganegara dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh manakala kesemua kontak rapat yang negatif dikuarantin di kapal tersebut.



“Bagaimanapun kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.

“Kluster PUI Melbourne pula membabitkan seorang pelajar warganegara Malaysia iaitu kes ke 8,749 yang pulang dari Australia pada 15 Julai lalu,” katanya dalam kenyataannya pada Rabu. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker