Malaysia bukan Tanah Melayu’ – Presiden UPKO bidas Tajuddin

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Madius Tangau menyelar kenyataan Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat yang mengatakan semua individu harus mengakui bahawa Malaysia merupakan “Tanah Melayu”.

Presiden Upko, menyifatkan kenyataan tersebut sebagai berbahaya dan mengabaikan kewujudan Sabah dan Sarawak sebagai rakan yang setaraf dalam Persekutuan.

“Kenyataan ni secara fakta salah, secara sejarah salah,” kata Wilfred, yang juga anggota Parlimen Tuaran, dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tajuddin pada Isnin lalu, mengatakan walaupun hak orang bukan Melayu harus dilindungi, setiap individu harus mengakui bahawa mereka tinggal di “Tanah Melayu” dan Bumiputera mempunyai hak istimewa.

Wilfred mengatakan bahawa kenyataan itu menunjukkan bahawa anggota parlimen Umno itu masih mempunyai pemikiran bahawa Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia.

Pemikiran ini, katanya, sekiranya dipegang oleh ketua kementerian dan jabatan kerajaan, akan menyebabkan Sabah dan Sarawak terpinggir daripada pembangunan negara.

“Kami di Sabah dan Sarawak akan jadi after thought. Mereka rancang pembangunan, kononnya Malaysia, tapi hanya merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu sahaja.

“Maka peminggiran Sabah Sarawak akan berterusan,” katanya.

Beliau berkata bahkan dari sudut ukuran tanah, Semenanjung atau Tanah Melayu hanya 40 peratus daripada Malaysia, berbanding Sabah dan Sarawak merangkumi 60 peratus.

“Sabah dan Sarawak ini tanah besar Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata, Malaysia mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengikut jejak langkah Indonesia dengan memindahkan ibu negara ke Borneo.

Wilfred sebelum ini meminta Sabah dan Sarawak menyokong presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

Sementara itu, dalam isu berasingan, anggota parlimen itu juga menjelaskan sebab mengapa partinya Upko berpaling tadah daripada BN pada 2018 untuk bergabung dengan Warisan dan Pakatan Harapan.

Wilfred berkata, pada pilihan raya umum Mei 2018, jelas menunjukkan 60 peratus rakyat Sabah ingin pertukaran kerajaan.

Oleh sebab itu, katanya, majlis tertinggi Upko memutuskan untuk menghormati keputusan rakyat dan memberikan sokongan mereka kepada Warisan.

Beliau berkata tidak ada proses tawar menawar dalam keputusan itu.

Beliau menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, yang kelmarin bertanya di Dewan Rakyat apakah pembelotan Upko juga bermaksud bahawa Sabah ditadbir oleh kerajaan pintu belakang.
Mk

Related Articles

8 Comments

  1. Tanah Melayu yang dimaksudkan ialah di Semenanjung…sebelum penjajah pertama datang Tanah Melayu mempunyai tamadun tersendiri yang agung & hebat disebabkan Rajanya memeluk agama Islam lalu Bangsa Melayu yang terkenal taat setianya pada Raja pun sama memeluk Islam…Bangsa Melayu tidak pakai cawat & memenanggal kepala orang pada masa itu seperti moyang wilfred madius tangau lakukan di hutan Borneo yang tidak mempunyai kerajaan

    1. Cakap saja lah tanah melayu tu malaya ,kenapa mau sebut malaysia?tk payah nak hina2 kaum pakai cawat ..seba org mcm ko ni lah jarak antara sabah sarawak dan malaya semakin jauh

      1. apanya yang tidak betul Tanah Melayu berada di Semenanjung?

        asal Malaysia ialah Malaya atau Tanah Melayu dalam sebutan Orang Melayu

        hakikatnya:

        pihak misionari kristian dari barat(sebut ‘penjajah’) mengkristiankan ramai orang2 dayak di Borneo supaya mereka dapat hidup bertamadun(seperti omputeh) dengan tidak lagi memakai cawat namun apa berlaku sekarang orang barat beragama kristian juga mengajak segelintir orang2 dayak di Borneo yang masih mahu bercawat duduk bersamanya dalam hutan membantah pembalakan, pembinaan empangan(untuk penjanaan kuasa eletrik hidro)

        jarak antara Sabah Sarawak dengan Malaya semakin jauh disebabkan 22 tahun pemerintahan atok 95 tahun yang ‘neo’ puji tinggi melangit walaupun atok 95 tahun kini terpaksa menjadi pembangkang

          1. Ninorg tak tau biology. Org Sabah Sarawak pun org melayu mengikut sasur jalur keturunan atas org yg mempunyai DNA Malay negrito. Sears collective Kita Di kategorikan sebagai melayu.

            Bila kau yg tak anggap diri kau melayu Dan Salah Kan org lain Tu yg masalah. Kau anggap kau bukan melayu Tu yg masalahnya. Kadazan atau bajau, Kita melayu.

            Kau yg bangga dengan perkauman kau tak mengaku melayu apehal?

        1. Org Dayak ada tenunan tersendiri. Melayu dan Jawa, tempias tamadun dari India, kemudian dari Arab. Nama pun nama Arab!

          1. semua bangsa bangga dengan tenunan tersendiri termasuk Orang Dayak…apakah alat tenun digunakan Orang Dayak datang dari ciptaan tersendiri bukan dari ciptaan tamadun di India, Cina, Arab dll? nampaknya macam ada ‘tempias’ juga

            bagaimana dengan sape(sapik)? tiada ‘tempias’?

            tak kenal maka tak cinta, jangan kata Orang Melayu tak suka tenunan Orang Dayak…Orang Dayak pun suka tenunan Orang Melayu

            nama sahaja dalam bahasa Arab tapi tetap orang berbangsa Melayu dengan tradisi/budaya tersendiri…macam orang Dayak juga, mereka bukan orang inggeris atau eropah bila masuk kristian guna nama john, peter dll

  2. Perkara yg mudah utk difahami, tapi jadi susah bila kurang belajar sejarah. Permasalahan ini akan terus ujud sekiranya kita tidak mahir akan sejarah dan peradaban tanah air sendiri…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker