Aktivis C4 ditahan berkait catatan FB tentang mural pemimpin

Aktivis K Sudhagaran Stanley ditahan polis berkaitan catatan di Facebook.

Peguam RSN Rayer berkata Sudhagaran ditahan di rumahnya pada 10 malam semalam.

“Kami diberitahu ia berkaitan catatan Sudhagaran tentang mural pemimpin di Shah Alam yang dirosakkan itu.

“Dia dibawa ke lokap polis di Bayan Baru dan prosiding reman akan diadakan di situ,” katanya kepada FMT.



Sudhagaran adalah penyelaras Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4) bagi wilayah utara Semenanjung.

FMT sedang mendapatkan komen polis Pulau Pinang.

Sementara itu, isteri Sudhagaran, Alicia James, berkata sekumpulan 10 orang polis datang ke pangsapuri mereka di Jelutong kira-kira 10 malam.

Katanya, seorang polis beritahu Sudhagaran yang dia ditahan kerana catatan FB baru-baru ini dan 3 catatan FB lain berkaitan perintah kawalan pergerakan.



“Sudhagaran ikut kumpulan polis itu ke kereta mereka,” katanya ketika dihubungi. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker