Wanita bogel usir polis

Polis Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan aksi seorang wanita yang juga peserta penunjuk perasaan melakukan yoga dalam keadaan berbogel.

Wanita tidak dikenali itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sebagai protes dan usahanya untuk mengusir pihak berkuasa yang dikerah menyuraikan peserta demonstrasi berkenaan di Portland, Oregon pagi Sabtu lalu.

Insiden itu menjadi tular selepas seorang wartawan tempatan berkongsi gambar wanita berkenaan melalui Twitter miliknya.

Dalam protes berkenaan, polis dilapor melepaskan beberapa das tembakan kepada peserta penunjuk perasaan itu namun wanita berbogel dan melakukan yoga itu tidak ditahan.



Saksi berkata, polis juga beredar dari kawasan wanita terbabit dilaporkan berada.

Untuk rekod, ketegangan di Portland timbul selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan monumen yang disifatkan orang ramai sebagai ‘teater politik’ dilindungi. – HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker