Harta karun RM4.2 juta

“Seorang peniaga di sini, membuat keputusan untuk menanam permata dan emas bernilai $1 juta (kira-kira RM4.2 juta) yang tidak terjual akibat Covid-19.

Tindakan itu dibuat selepas perniagaan emas dan batu permata yang diwarisi Johnny Perri di Detroit, Amerika daripada ayahnya merosot teruk ekoran penularan wabak berkenaan

Dia kemudian menanam ‘harta karun’ itu di beberapa lokasi di sini dan menguar-uarkan kepada orang ramai yang mahu mencari permata dan emas berkenaan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah model perniagaan baharu diperkenalkan oleh Perri dan isterinya dan ia dinamakan Pencarian Harta Karun Johnny.



Odditycentral.com melaporkan mereka yang berhajat untuk memburu harta itu perlu mendaftar dengan membayar yuran penyertaan.

Ia bagi memberi pengalaman unik sebagai pemburu harta karun kepada orang ramai.

Mereka boleh menemuinya berdasarkan petunjuk dan menyelesaikan teka-teki diberikan.

Jika ditemui, peserta boleh menuntut harta berkenaan.



“Saya bukan saja tanam barang kemas dan permata. Malah, perak dan barangan antik turut ditanam di beberapa lokasi.

“Semua barangan yang ditanam itu mempunyai sejarah tersendiri dan kini saya memberikan anda peluang untuk mencarinya,” katanya.

Walaupun mereka mendakwa harta karun yang ditanam itu bernilai tinggi namun ia dibahagikan kepada puluhan lokasi.

Malah, setiap program memburu harta karun itu ditetapkan pada tarikh tertentu sahaja dengan jumlah penyertaan yang amat terhad. HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker