Azmin jangan jadi Tok Nujum, jaga MITI cukup

Semalam Dato Seri Azmin Ali mengatakan jangkaannya bahawa ekonomi negara mampu berkembang antara 6 hingga 7 peratus menjelang tahun hadapan.

Kenyataannya dibidas oleh bekas Ketua Setiuasan Perbendaharaan Negara, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar yang melihat angka ini sebagai tidak munasabah dan tidak masuk akal. Malah beliau juga berkata Azmin jangan main hentam macam kerjaan PH dahulu.

Bank Dunia meramal ekonomi kita hanya 0.1 peratus pada tahun ini. Untuk mencapai 6 hingga 7 peratus perlu keajaiban.

Umum mengetahui sekarang ini dunia dilanda pandemik Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi global. Pakar ekonomi juga menyasarkan keadaan akan pulih hanya dalam masa 2 tahun atau lebih.



Kepada Azmin, hentikanlah menjadi Tok Nujum. Jadi Menteri MITI sudahlah. Biar kerja mengeluarkan kenyataan tentang unjuran ekonomi ini dibuat oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sahaja.

Jangan buat kesilapan macam kerajaan PH dulu bila Menteri beri kenyataan yang bukan dalam bidang kementeriannya. Kenyataan yang tidak betul banyak menimbulkan masalah kelak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker