Gerai stimbot, kebab warga Bangladesh dan Indonesia diserbu

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu penjaja warga Bangladesh dan Indonesia yang menjual stimbot dan kebab tanpa kebenaran di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, malam ini.

DBKL dalam kenyataan di Facebook berkata, operasi diadakan pada jam 10 malam bagi mengambil tindakan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Menurutnya, dengan kekuatan 16 petugas, tindakan dilaksanakan di Jalan Jernai 3 bagi peniaga stimbot dan Jalan 4A/27A bagi peniaga kebab.

“Tindakan sita dilaksanakan terhadap penjaja warga Bangladesh dan Indonesia mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016.



“Salurkan maklumat kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL jika anda mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing tanpa kebenaran,” katanya. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker