Rahman Koya letak jawatan Ketua Pengarang FMT

Abdar Rahman Koya hari ini meletakkan jawatannya sebagai ketua pengarang di portal media Free Malaysia Today (FMT).

Menerusi satu posting dalam media untuk kakitangan FMT, Rahman memberitahu beliau telah mengemukakan notis tiga bulan untuk meletakkan jawatan.

Abdar Rahman merupakan bekas editor English Section Harakah dan juga penyunting The Malaysian Insider.

“Hari ini, dengan hati yang berat, saya mengemukakan peletakan jawatan saya dengan memberikan notis tiga bulan.



“Bekerja di sini merupakan pengalaman yang menggembirakan, melelahkan tetapi juga memuaskan.

“Ketika saya sertai FMT, portal ini berada di kedudukan 170+ dan melonjak di kedudukan sekarang: salah satu daripada tiga portal Inggeris teratas dalam negara dan di antara 20 laman web teratas walaupun ada pasang surutnya,” tulisnya. MD

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker