SAH! Jalil Rasheed Mantan CEO PNB Bukan Graduan LSE, UK

Di dalam laporan yang diterbitkan sebentar tadi oleh The Malaysian Insight, LONDON School of Economics and Political Science telah mengesahkan bahawa bekas Presiden Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jalil Rasheed, yang memiliki ijazah dari University of London, adalah bukan lulusan darinya

Ini menjawab tanda tanya dan persoalan yang dibangkitkan sebelum ini tentang kelayakkan akedemik yang dimiliki oleh beliau.

Berdasarkan maklumat profail PNB sebelum ini, Jalil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Bagaimanapun, difahamkan, Jalil disahkan telah mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.

Dalam sijil tersebut tertera UoL adalah sekutu dengan London School of Economics and Political Science (LSE).

Jalil difahamkan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 11 Jun lalu berhubung isu ini.

Beliau dilantik menerajui institusi pelaburan terbesar negara pada 1 Oktober lalu, menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Abdul Rahman meninggalkan PNB tanpa dimaklumkan sebarang sebab, selepas peletakan jawatan Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku Pengerusi PNB.

Perlantikkan ini dkatakan atas restu Mahathir kerana dimaklumkan bahawa Jalil Rasheed merupakan cucu saudara beliau.

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker