Saksi utama kes Adib ubah pengakuan kepada polis

Ketika banyak pihak ternanti-nanti perkembangan siasatan kes pembunuhan Muhammad Adib Mohd Kassim, polis hari ini memberitahu seorang saksi penting mengubah keterangannya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, perubahan keterangan itu diberi semasa saksi terbabit disoal sekali lagi baru-baru ini.

“Saksi berkenaan mengubah keterangan dia… seorang lelaki India,” katanya kepada media pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Negara Abdul Hamid Badir memberikan perkembangan terkini mengenai siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berkenaan.



Huzir merujuk kepada seorang kontraktor, N Suresh, yang sebelum ini memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam bahawa pada 27 Nov 2018 dia menyaksikan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Semasa memberi keterangan pada Feb tahun lalu Suresh memberitahu dia melihat arwah Adib terduduk dan bersandar pada bumper kereta yang dikelilingi puluhan orang.

Kata Suresh dia terdengar beberapa orang dalam kerumuman itu menjerit dalam bahasa Tamil “jangan pukul!” dan “bomba pun mereka pukul” sebelum melihat mangsa dibawa pergi dari situ tanpa berkasut dan berbaju.

Huzir Mohamed
Ditanya apakah ada tindakan yang boleh dikenakan jika saksi terbabit menipu mahkamah koroner, Huzir berkata: “Kita akan bawa balik keterangan dia kepada DPP (timbalan pendakwa raya) untuk dilihat jika bercanggah. Biar DPP tentukan.”



Bagaimanapun Huzir tidak mendedahkan maklumat lain mengenai apa yang dinyatakan saksi terbabit semasa soal siasat tersebut.

Terdahulu Abdul Hamid memberitahu PDRM sudah memanggil semula semua 30 saksi yang memberi keterangan dalam inkues selain 52 saksi baru.

Bagaimanapun kata beliau tidak ada seorang pun daripada mereka dapat memberitahu polis mereka nampak Adib dipukul dalam rusuhan berkenaan. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker