Jabatan Pendidikan Sabah batal jemputan Shafie

Jabatan Pendidikan Sabah membatalkan jemputannya kepada Ketua Menteri, Shafie Abdal bagi merasmikan majlis hari guru yang dijadual hari ini.

Jemputan dari Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Mistirine Radin itu diterima oleh pejabat ketua menteri pada 7 Julai, namun ditarik balik sehari selepas itu.

Berdasarkan surat Mistrine yang dilihat Malaysiakini, jemputan tersebut terpaksa dibatalkan atas “sebab yang tidak dapat dielakkan”.

Menurut laporan dari portal FMT, Mistrine enggan mengulas perkara tersebut.



Kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Warisan, mendapat tekanan dari Putrajaya sejak kerajaan persekutuan bertukar pada Mac lalu.

Pada 11 Jun lalu, menteri kabinet Sabah dan timbalan naib presiden Warisan didakwa atas pengubahan wang haram.

Beliau akan menghadapi tuduhan rasuah pada 10 Julai.

Kedua-dua pertuduhan itu berkaitan dengan dakwaan rasuah perjanjian tanah yang berlaku sekitar bulan Julai 2014 dan November 2015.



Anthony mendakwa pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

Semalam, rumah Adun Kuamut, Masiung Banah (gambar atas) diserbu pihak berkuasa.

Isterinya, Grace E Ebin memuat naik beberapa gambar pasukan pihak berkuasa yang menyerbu rumah mereka.

Menurut laporan dari Borneo Today, pihak berkuasa hadir ke rumah Adun tersebut tanpa sebarang notis.



Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan dari pihak berkuasa terbabit.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker