Notis makluman BPE diserah kepada Pengguna Elektrik bulan ini

KUALA LUMPUR – Atas dasar keprihatinan Kerajaan Malaysia, Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) diberikan kepada para pelanggan yang terbeban dengan jumlah bil yang lebih tinggi dengan harapan dapat mengurangkan beban kewangan para pelanggan. Di bawah BPE, kesemua 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang mempunyai akaun dengan TNB akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama.

Sehubungan itu, semalam TNB mengumumkan, setiap pengguna akan menerima satu Notis Makluman mengenai BPE pada bulan Julai 2020 selepas meter dibaca.

Dalam tempoh tujuh hari berikutnya, anda akan menerima bil bulan Julai 2020 berserta penyata terperinci* Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Bil dan penyata tersebut akan dihantar melalui pos ke premis anda.



Anda juga boleh mendapatkan bil dan penyata tersebut melalui aplikasi atau portal myTNB, 48 jam selepas Notis Makluman diterima.

*Hanya tertakluk sekiranya anda menerima bil sebenar bagi bulan Jun 2020

Sebelum ini BPE diumumkan sebagai bantuan tambahan oleh kerajaan dengan kerjasama TNB. BPE ini juga adalah berbeza dengan Diskaun Prihatin yang diumumkan dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker