Mahkamah tolak permohonan Malaysiakini ketepi prosiding menghina · MYKMU.NET

Mahkamah tolak permohonan Malaysiakini ketepi prosiding menghina

Share

Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Julai ini untuk memulakan perbicaraan penghinaan terhadap portal berita Malaysiakini dan ketua pengarangnya Steven Gan.

Ini selepas panel tujuh hakim anggota mahkamah memutuskan petang ini untuk tidak membenarkan permohonan responden untuk mengetepikan perintah untuk memulakan prosiding.

Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Rohana Yusuf menyampaikan keputusan itu, yang menurutnya dibuat sebulat suara oleh anggota panel.

Menurut penghakiman itu, panel hakim mendapati Peguam Negara Idrus Harun telah membuktikan prima facie dalam kes untuk memulakan prosiding penghinaan terhadap Malaysiakini dan Gan.

Rohana berkata, isu yang dibangkitkan oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar mengenai prosiding yang dimulakan di mahkamah tertinggi juga telah dibicarakan.

“Melihat sifat komen yang melibatkan badan kehakiman secara keseluruhan, kami berpendapat ini adalah mahkamah yang tepat untuk memulakan prosiding,” katanya.

“Berdasarkan ini, permohonan berkenaan dengan suara bulat ditolak,” katanya.

Perbicaraan akan bermula di Mahkamah Persekutuan pada pukul 9.30 pagi 13 Julai depan.

Mkini

Leave a Reply