Covid-19 : 3 kes baru hari ini.

Tiga kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, bagaimanapun tiada kes membabitkan warga Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pada masa ini adalah kurang daripada 100, iaitu 85 kes, dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 3 kes baru yang dilaporkan, 1 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Beliau merupakan warganegara Malaysia.

“Kedua-dua kes penularan dalam negara pula melibatkan kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes dalam kalangan rakyat tempatan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Dua kes dalam kalangan bukan negara merupakan 1 kes daripada kluster Bukit Bintang, di Kuala Lumpur dan 1 kes di Sabah membabitkan saringan kes baru masuk lokap di Kota Kinabalu.

“Sehingga kini terdapat 2 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Jumlah kumulatif kematian juga kekal 121 kes kerana tiada kematian dicatatkan hari ini.

Mengulas mengenai kluster Bukit Bintang, Noor Hisham berkata, susulan pertambahan 1 kes positif baru dalam kluster ini, menjadikan jumlah kes positif bagi kluster ini sebanyak 11 kes.



“Kes-kes positif ini melibatkan 10 warganegara Bangladesh dan 1 warganegara Malaysia. Setakat ini, 304 individu sudah disaring, melibatkan 204 bukan warganegara dan 100 warganegara Malaysia. Daripada jumlah ini, 293 orang negatif Covid-19,” katanya.

Jelasnya, 1 kes positif baru kluster Bukit Bintang dikesan hasil saringan ulangan sewaktu berada di pusat kuarantin. Individu berkenaan kini sudah diasingkan dan dimasukkan ke hospital.

“Justeru ia tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat. Punca jangkitan kluster ini masih oviddalam siasatan,” katanya.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker