Elak kemaluan melakukan perkara haram

oleh Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

DIHIASKAN (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak…’ (Surah Ali Imran, ayat 14)

Menerusi firman Allah SWT di atas menunjukkan Allah menjadikan kemaluan untuk beberapa kebaikan dunia dan ankhirat. Antara kebaikan berkaitan dengan dunia ialah merasa kepuasan jimak dan boleh bergembira dengan zuriat hasil daripada jimak yang halal.

Jika menyentuh aspek akhirat pula antara kebaikan yang berkaitan adalah jalan untuk mendapatkan zuriat.



Dalam riwayat Al-Baihaqi daripada Saidina Sa’id bin Abu Hilal iaitu: “Berkahwinlah, perbanyakkanlah dan semoga kamu mendapat zuriat. Sesungguhnya aku berbangga dengan kamu sebagai umatku (yang ramai) pada hari kiamat.”

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam (manusia) meninggal dunia, terputus amal daripadanya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaat daripadanya atau anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Setiap kejadian Allah SWT terutama berkaitan dengan tubuh manusia tidak lain mempunyai tujuan yang tertentu. Antara cara untuk mensyukuri nikmat anggota ini adalah menjaganya daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat dan mengeluarkan air mani selain daripada tangan dan jari isterinya sendiri.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan.’ (Surah an-Nur, ayat 30)



Dalam surah yang berbeza, Allah SWT berfirman: “…Dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, maka Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Manusia perlu menjaga kemaluan mereka seperti menjaga mata daripada melihat perempuan yang haram dilihat, menjaga hati daripada membayangkan kecantikan rupa paras perempuan dan menjaga perut daripada makanan yang syubhah dan makan terlalu kenyang.

HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker