Covid-19 : 6 kes baru.

45 pesakit sembuh atasi 6 kes baru Covid-19

Enam kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, ketika 45 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian sehingga kini kekal 121 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya berkata, 2 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), tetapi tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,596 kes Covid-19 dengan 8,231 daripadanya sudah sembuh.

Ketika ini, seramai 244 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.

Hisham berkata daripada 6 kes baru yang dilaporkan, 2 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 1
bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Semua 4 kes penularan dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.



“Perinciannya adalah seperti berikut, Selangor ada 3 kes iaitu 1 kes saringan pusat tahfiz, 1 kes daripada Kluster Kondominium Hulu Langat dan 1 kes daripada Kluster Bukit Bintang.

“Di Sarawak, 1 kes daripada Kluster Tapak Pembinaan Kuching,” katanya.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker