Pelajar UPSI berkelambu dalam hutan demi capai internet.

Beberapa ketika lalu heboh mengenai seorang pelajar yang terpaksa memanjat pokok demi mencapai internet untuk melakukan tugasan dalam talian yang diberikan kepadanya.

Kali ini di kawasan pedalaman Sarawak. Seorang pelajar tahun akhir UPSI terpaksa berkelambu di dalam hutan demi menghabiskan tugasannya yang memerlukan pencapaian internet.

Ini kerana tempat beliau ditempatkan tidak mempunyai pencapaian internet dan yang pelik sekali di dalam kawasan perladangan atau hutan pulak ada pencapaian internet.

Sudah tiba masanya Kementerian Komunikasi melihat kesukaran yang dihadapi rakyat yang memerlukan pencapaian internet dan bertindak segera.

Berikut adalah coretan Rose Ed, pelajar UPSI tersebut di laman facebooknya.

BERKELAMBU DI DALAM HUTAN ?

Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, harini sy trfikir mau guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk hihihi.

Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah presentation group online melalui system MyGuru. Sepatutnya presentation ini sudah selesai pd minggu lepas ttp tpksa dtunda krn diri ini gagal utk mghadirkn diri ekoran drp capaian internet yg sgt lemah di kwsn pedalaman.

Saudara saudari, hari ini sy tpksa brsedia awal utk persiapan diri sndri sebelum presentation bermula td. Spt yg saudara saudari lihat didlm gmbr trsebut, lokasi ini adalh dikwsn hutan (babas) tmpt kami menoreh getah. Capaian internet di sini lbih bagus brbanding di kwsn rumh pnjg.

Saudara saudari, walaupun kwsn kpg kami tdk mpy capaian internet ttp trdpt jg beberapa kwsn disekitar kpg yg dpt dkunjungi utk mncari internet spt kwsn berbukit, kwsn ladang sawit etc. namun kwsn ini x sesuai utk dkunjungi setiap hari memandangkn sy sndri mpy jadual kelas yg penuh kecuali selasa & ahad. Hari ini sy memilih tmpt ini krn dekat dgn kebun ayah dan selapas habis kelas, sy dpt menolong ayah baikpulih pondok di kebun utk kegunaan kelas online sy pd hari seterusnya.

Utk pengetahuan saudara saudari, kpg kami tidak lh jauh mana dr kwsn Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir disini bahawa utk pergi ke pekan adalah memerlukan kos & kenderaan yg baik utk ulang alik setiap hari. Sy org kurang berkemampuan jd sy tidak mampu utk pergi ke pekan hari2 tambahan pula keadaan cuaca yg kerap hujan. Sebagai seorg final year student, sy sgt memerlukan capaian internet yg bagus utk access maklumat final year project (FYP).
Segala system MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung x dpt di access ?

Sy brharap coretan ini dpt sampai kpd pihak2 tertentu bg memudahkan urusan pelajar yg betul2 memerlukan capaian internet yg bagus. Mungkin coretan ini agak kurang bagus utk dibaca & sy sndri mengaku msih kekurangan ilmu dlm penulisan. Mohon maaf dipinta sekiranya trsalah & trkasar bahasa ??

Demi mencari ilmu aku gagahkan jua tiada yg menjadi penghalang ( Nur Shafika, 2020) ?

Coretan Rose ED,
Final Year Student,
Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

#Upsi
#SoaringUpwards

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker