Polis cari ‘Botak’ kes pukul lelaki

Tular lelaki yang cedera dipukul rakannya di Ipoh pada Selasa. – Foto pembaca (Asisten Komisioner Yahaya Hassan)

IPOH – Polis mengesan individu disyaki terbabit dalam kejadian mencederakan seorang lelaki dengan senjata di sebuah rumah di Kampung Che Zainal, Chemor di sini yang tular di laman sosial sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian seorang mangsa berusia 44 tahun dipercayai dipukul oleh rakannya yang dikenali sebagai ‘Botak’.

Menurutnya, mangsa dipercayai dipukul disebabkan masalah hutang namun maklumat lanjut berhubung insiden itu masih dalam siasatan.

“Mangsa kini masih sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian belakang kepala serta lebam di muka dan badan.



“Mangsa disyaki dipukul menggunakan objek tumpul seperti kayu tetapi tidak mengalami kecederaan patah di bahagian badan,” katanya di sini pada Rabu.

Yahaya berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Polis cari ‘Botak’ kes pukul lelaki


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker