‘Jangan bawa kanak-kanak ke hospital’

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang kanak-kanak mengunjungi hospital kerana dibimbangi dijangkiti virus.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini KKM masih menutup wad dan hospital kepada pelawat.

“Di hospital banyak jangkitan. Kita nasihatkan jangan bawa kanak-kanak. Kawalan di hospital masih diperketatkan, jika ada pelawat, kita membuat saringan terhadap mereka,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditanya sama ada ada kanak-kanak telah dibenar melawat keluarga di dalam wad hospital.

SH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker