Muhyiddin sambil berdoa tekan orang, kata Mahathir.

Muhyiddin ada dua personaliti’ – Dr M ulas dalang Langkah Sheraton

Ketika perselisihan mengenai rancangan peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim berlanjutan dalam Pakatan Harapan (PH), sekumpulan pemimpin sedang merancang untuk melakukan rampasan kuasa terhadap gabungan itu.

Lantaran itu, pada bulan Februari, kerajaan PH runtuh berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri setelah 22 bulan.

Pemimpin berusia 94 tahun itu – yang ingin kembali ke jawatan itu untuk kali ketiga – berkongsi pandangannya mengenai “Langkah Sheraton” yang terkenal semasa wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.



Beliau menamakan Muhyiddin Yassin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sebagai ‘tiga dalang’ di sebalik rampasan kuasa itu.

Mahathir kelihatan berhati-hati ketika memberi pandangannya mengenai Azmin, yang hubungan di antara kedua-dua mereka dapat ditelusuri sejak ahli parlimen Gombak itu masih lagi siswa di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Mahathir tidak teragak-agak membidas bekas rakannya di dalam Bersatu malah menuduh Muhyiddin mempunyai dwi identiti perwatakan yang berbeza.

“Saya tak tau Muhyiddin ini cara dia macam itu. Masa bersama dengan kita, baik bukan main selalu bercakap ‘saya tak nak jadi perdana menteri, tak nak jadi perdana menteri’.



“Tapi belakang (kemudian) saya pi (pergi) minta orang suruh cabut (pilih) dia jadi calon PM.

“Ini Muhyiddin ada dua personaliti. Satu personaliti yang boleh baca doa, satu personaliti yang menekan orang.

“Sambil baca doa tekan orang. Ini ada konflik dalam diri dia,” kata Mahathir.

Berikutan krisis politik selama seminggu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional yang baru pada 1 Mac.



Beliau kemudian menamakan Azmin sebagai menteri kanan dan Hamzah sebagai menteri dalam negeri.

Mkini

Related Articles

5 Comments

  1. Spoken like a true Kerala Putar Alam….putar belit lidah bercabang. Silap sendiri yg bertimbun timbun semua tak nampak dan tak tahu. Bab org lain semua dia nak putar belit. Makin tua makin bodoh penipuan dan PHitnah.

    Memang bahaya bila org kuat memPHitnah . Patut la org dulu2 dah bilang…kalau terserempak dgn ular tedung dan Kerala lidah bercabang yg mana lagi bahaya….

  2. Hatok takut doa orang Islam.
    Suka “doa” dia terlanjur UMUR!!!
    Owhh baru kini Hatok Der habaq mai maknanya “doa” merupakan ketakutan yang amat sangat baginya. Baru rakyat sedar selama ini dia selalu meraban bila PAS berdoa untuk “menjatuhkannya” maka dia bertindak membunuh “peristiwa Memali” dan “menyiksa” dgn akta ISA.

  3. Itu tak dapat dinafikan atuk ooi ,kalau kita orang jantan semua kaki tekan orang termasuk atuk.

  4. Klu muhyiden ada 2 personaliti yg berbeza, atok madey lagi banyak lerrrr…hgg x boleh dibaca…hahahaha

  5. Mengarut jer mahathir ni…buang tabiat ke ape…berdoa pun dikatakan menekan,jadi apa yang tak bagi menekan?slama berpuluh tahun mahathir jdi PM,pernah ke mahathir mendoakan kesejahteraan negara & rakyat?dalam kepala hanya fikir cara macamana mahukan harta dunia & kuasa & sntiasa mahu manusia tunduk kepala nya semata mata…hampir sama dengan undang² zaman firaun..apa yang sama pd zaman firaun?
    1)mahu manusia tunduk kpd nya.
    2)mahukan kuasa
    3)kumpulkan harta dunia
    4)mengaku diri sndiri lebih berkuasa
    5)tidak mahu orang lain kaya melebihi nya.
    6)akan jatuhkan org yang mahu melawan dgn tuduhan tidak berasas.
    7)sntiasa mahu melihat rakyat hidup sederhana(tak boleh kaya)
    8)bersekongkol dgn musuh Allah.
    9)menganggap duit dapat beli segalanya termasuk maruah.
    Banyak lagi persamaan dgn firaun.

    Ada perbezaan dgn firaun iaitu firaun mengaku dirinya tuhan..mahathir pula hanya mengaku dirinya raja,menganggap dunia kuasa besar tunduk kepada nya…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker