Sikap Mahathir yang membawa kerosakan.

oleh Ab Jalil Backer

SIKAP

1. Rupanya Tun Mahathir belum habis mengejar dunia. 94 tahun diberi nafas, dua kali menjadi Perdana Menteri belum berjaya mengurangkan nafsu kuasa beliau.

2. Dulu Tun kata tidak mengejar jawatan, hanya mahu menjatuhkan Najib Razak, menjaga kepentingan orang Melayu, agama Islam dan memulihkan negara.



3. Bila menang Tun lupa semua itu membiarkan DAP dan Melayu liberal bermaharajalela.

4. Tun sudah lupa janji tersebut kerana sibuk hendak memfaraid harta berbilion ringgit.

5. Demikianlah sikap Tun menyebabkan masa kini dan masa depan orang sudah tidak percaya Tun lagi.

6. Sikap Tun menyebabkan orang Melayu sudah meluat dengan Tun. Cina dan India pun sudah tidak suka Tun. Anwar Ibrahim pun sudah tidak percaya Tun.



7. Sikap Tun sendiri merosak diri.

*rekayasa dari tulisan Tun Mahathir bertajuk Sikap yang diterbitkan dalam blognya hari ini.

Ini pula dari sumber yang tidak dapat dipastikan

SIKAP



1. Tun bercakap mengenai sikap orang Malaysia. Sekarang ramai dah tak menyokong Tun. Sebab itu Tun menulis lagi memperlekehkan pemikiran orang Malaysia.

2. Tun fikir kami rakyat Malaysia ni memang tak ada akal langsung kah? Sekejap Tun cakap kami sokong kleptokrasi, sekejap Tun cakap kami ni malas.

3. Tun, semua ini terjadi disebabkan Tun. Tun yang rancang, dan Tun juga yang gagal. Tak perlulah Tun menyalahkan orang lain. Tun hanya boleh menyalahkan Tun sendiri dan orang-orang sekeliling Tun. Tun lupa?

4. Tun salahkan Tan Sri Muhyiddin. Apa yang Tan Sri Muhyiddin buat yang salah? Semua orang dah tahu ini semua perancangan Tun. Perancangan Tun untuk keluar PH, perancangan Tun untuk tubuhkan PN. Tun lupa?



5. Semua ini berlaku bukan baru sahaja. Dah lama. Banyak kali telah diadakan mesyuarat mengenai perkara ini. Di rumah Tun, di pejabat Tun di YKP, di pejabat Tun di Yayasan Al Bukhary dan di Pejabat Perdana Menteri. Menafikan perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah satu penipuan. Tun lupa?

6. Tun juga telah beberapa kali diberi taklimat mengenai masa depan Bersatu jika Bersatu masih dibawah PH dan bersekongkol dengan DAP. Telah diperincikan kepada Tun, jika bersama PH, Bersatu bukan setakat kalah teruk, malah Langkawi, Pagoh dan Muar juga akan kalah. Tun lupa?

7. Tun juga cakap mengenai memberi jawatan kepada ahli parlimen PN. Apa Tun lupakah? Banyak lantikan GLC dibuat dibawah PH walaupun dalam manifesto jelas menyebut tidak akan berlaku lantikan politik di dalam mana-mana GLC di bawah kerajaan PH. Dibawah PN tiada perjanjian seperti itu. Tun lupa?

8. Tun bercakap mengenai PN ingin selamatkan pemimpin kleptokrat. Tun bercakap ini berdasarkan apa? Adakah Najib bebas pertuduhan? Adakah Zahid bebas pertuduhan? Yang bebas adalah Riza, itu pun keputusan dibuat oleh AG zaman Tun. Tun lupa?



9. Tun juga cakap Melayu hancur. Melayu hancur ni banyak sebabnya Tun. Bergaduh sesama Melayu juga penyebab hancurnya bangsa kita. Sapa yang suka gaduh Tun? Bergaduh dengan PM1, bergaduh dengan PM2, bergaduh dengan PM3, Bergaduh dengan PM5, bergaduh dengan PM6 dan sekarang bergaduh dengan PM8. Tun lupa?

10. Elok Tun baca sendiri komen-komen di media sosial. Ramai orang tak suka apa yang Tun buat. Tun bergaduh perkara yang disebabkan oleh Tun sendiri. Kalau kita tolak semua sebab ke tepi sekalipun, puncanya masih Tun yang letak jawatan. Tun lupa?

11. Tun letak jawatan, lepas tu Tun nak jadi PM balik. sebelum Tun letak jawatan, Tun fikir tak pasal mandat rakyat? Tun tak rasa bersalah ke letak jawatan lepas rakyat bagi mandat? Tun lupa?

12. Kemudian Tun dipujuk oleh Agong untuk tidak letak jawatan. Tun masih juga ingin letak jawatan. Tun kata Tun letak jawatan sebab Tun dah hilang sokongan dalam parti Tun sendiri. Tun mengaku sekarang orang tak sokong Tun dah? Tun lupa ke?



13. Bila Tun diberi peluang oleh Agong untuk mengemukakan cadangan, kenapa Tun tidak mengemukakan yang Tun mahu kembali menjadi PM kepada kerajaan PH? Kenapa pada masa itu Tun mencadangkan kerajaan uniti? Tun mengatakan Tun mahukan kerajaan yang tidak berpaksikan kepada parti, tetapi kepada Tun. Ini jelas menunjukkan semasa menjadi PM kepada kerajaan PH, Tun diasak oleh komponen parti sehinggakan Tun sendiri tidak mahu mereka. Bukankah ini betul Tun? Ke Tun lupa?

14. Semasa proses mengundi dihadapan Agong, kenapa Tun tidak mengajak Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu untuk menyokong Tun? Kenapa pada masa tersebut Tun hanya mendapat 60 undi, kenapa Anwar mendapat 90 undi? Tidak kah cukup 150 undi jika bergabung? Benar kan Tun memang tidak mahu PH. Tun lupa?

15. Kenapa Tun mengumumkan jika Tan Sri Muhyiddin mendapat sokongan untuk tubuhkan kerajaan, Tun akan sokong? Kenapa Tun tarik balik sokongan bila Tan Sri Muhyiddin mendapat sokongan? Tun lupa?

16. Banyak perkara ini menunjukkan yang SIKAP Tun sebenarnya penyebab semua ini. Tidak lain dan tidak bukan, adalah disebabkan oleh Tun.

17. Tun boleh menulis lebih panjang menceritakan sikap rakyat Malaysia, tetapi yang semua orang nampak, semua ini disebabkan oleh seorang individu sahaja. Tun lah orang itu. Penyebab berlaku semua ini adalah kerana SIKAP Tun sendiri.

18. Tun risau parti akan berpecah? Tun lah penyebabnya.

19. Tun lupa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker