Ramai tidak tahu ahli Kumpulan FOTOGRAF ini pernah “TINGGAL’ dalam penjara. Ini kisahnya apa yang terjadi…

PENJARA… namanya sahaja sudah mampu membuatkan kita rasa gerun, seram dan takut apatah lagi saat menjadi penghuni tirai besi yang bukannya pula di negara sendiri.

Pengalaman pahit itulah yang dilalui oleh pemain dram Fotograf iaitu Ringgo kerana terpaksa meringkuk dalam pe.jara dan melalui tahan parol di Venezuela yang keseluruhannya berjumlah 8 tahun akibat menjadi mang.sa keldai da..dah.

Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.



Inilah wajah terbaharu Ringgo. Foto dari Facebook miliknya.

Semuanya gara-gara dia ketika itu bersama rakan-rakan yang menyertai aktiviti himpunan anak seni berada di Venezuela diminta seorang teman yang baru dikenalinya membawakan beg dalam perjalanan menuju ke Sepanyol.

Tanpa mengetahui ada da..dah dalam beg berkenaan, Ringgo ditahan di lapangan terbang itu sewaktu mahu mendaftar masuk.



Berita penahanan Ringgo turut mengejutkan dunia hiburan tanah air apatah lagi menurut laporan sebelum ini, da..dah yang ditemui dalam begnya seberat 4.6 kilogram yang mendedahkan dia kepada huku.man pen.jara sehingga 15 tahun.

Negara berkenaan tidak mengenakan hukuman mati bagi pesalah berkaitan da.dah.

Dalam satu wawancara bersama wartawan Roshihan Annuar Yub, Ringgo mendedahkan dia menjadi mang.sa kerana percayakan rakan yang baru dikenali.



Katanya, ketika diminta membawa beg untuk ke Sepanyol, dia tidak mengesyaki ada niat tersembunyi rakannya itu sehinggalah ditahan dan seterusnya didapati bersa.lah oleh mahkamah negara itu.

“Ketika mendaftar masuk di lapangan terbang Venezuela untuk ke Sepanyol, saya ditahan anggota keselamatan di sana.

Mereka ini unit nar.kotik Venezuela. Beg saya diperiksa lalu terjumpalah ko.kain seberat hampir satu kilogram yang disorokkan bawah pelapik beg, ” katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia, Ahad.

Kata Ringgo, dia terkejut kerana penahanan tersebut. Tujuannya ke negara itu adalah untuk melancong selama seminggu sebelum meneruskan percutian ke Sepanyol.



Ringgo (kanan) melayan pelanggan menjual lukisannya. Foto dari Facebook Ringgo.

Menceritakan pengalaman di pen.jara kata Ringgo, soal makan minum sememangnya ujian yang cukup memeritkan termasuklah dia terpaksa memakan daging kuda selain dihidangkan menu beserta daging b4bi.

“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat. Daging kuda pun saya makan.



Namun kalau menunya daging ba.bi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur, ” ujar Ringgo.

Menurut Ringgo, aktiviti utama banduan negara itu ialah berga.duh disebabkan ia antara hiburan mereka namun ia tidak lama kerana mereka akan berbaik semula selepas itu.

Di dalam penjara ujar Ringgo, dia dipanggil El-Chino yang maksudnya orang Cina iaitu gelaran bagi orang Asia.

Kerana mempunyai kebolehan melukis dan bermain muzik, dia dihormati oleh banduan lain.



Ringgo juga mendapat sumber kewangan dari keluargannya di Malaysia melalui royalti lagunya.

Dengan wang sebanyak RM500, ia boleh bertahan selama tiga bulan dan dengan wang yang ada juga Ringgo mampu mengupah banduan lain membasuh pakaiannya.

Istimewanya di penara negara itu kata Ringgo, waktu lawatannya ditetapkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.

Sebelum waktu lawatan, para banduan akan bertungkus lumus untuk mencantikkan sel bagi membuktikan kepada pelawat mereka bukannya hidup tidak terurus dan menyedikan di dalam pen.jara.

“Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan setiap sel kerana kami perlu tunjukkan kepada pelawat yang datang di mana banduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terutus dan menyedihkan, ” katanya.

Menariknya juga kata Ringgo, para isteri dibenarkan bertemu isteri masing-masing iaitu sekali setiap bulan untuk melakukan hubungan intim.

Bercerita bagaimana dia dibebaskan ujar Ringgo, selepas tiga tahun berada dalam penjara, dia menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga banduan yang dikenali dalam penjara itu.

Langkah itu adalah salah satu syarat untuk dia bebas di penjara dan melayakkan dia memohon parol.

Seseorang banduan luar perlu mempunyai tempat tinggal di negara berkenaan untuk melayakkan mereka memperoleh parol dan cara terbaik memiliki keluarga angkat.

Selepas keluar penjara, dia tinggal di sebuah hostel yang disediakan kerajaan negara itu dan bekerja menjual lukisan sebagai pelukis.

 

Ringgo menjadi kegilaan peminat saat popuritinya pada tahun 1980-an.

Ringgo juga menjadi penghantar barang untuk kedai runcit milik peniaga Arab dan akhirnya bekerja sebagai pembantu peribadi kepada ahli perniagaan Paksitan.

Menyedihkan selepas setahun sebelum tempoh parolnya berakhir, Ringgo mendapat berita bapanya meninggal dunia.

Ringgo kini meneruskan kerjanya sebagai pelukis di Damansara, Selangor.

Ketika bersama Fotograf yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta, Ringgo antara anggota kumpulan yang sering menjadi tumpuan peminat kerana wajah kacaknya selain penyanyi utama kumpulan itu Shamrin.

Dalam satu temubual dengan The Star pada 2008 bagi mengulas penahanan Ringgo, Shamrin berkata dia terkejut dengan perkhabaran itu namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia berlaku di luar negara.

Bagaimanapun Shamrin percaya apa yang terjadi itu adalah satu penganiayaan terhadap Ringgo.

Shamrin mening..gal dunia pada 11 November 2010 akibat serangan jantung.

Sumber : MSTAR ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker