Naik lagi, 187 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 187 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,604 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata ketika ini seramai 1,448 pesakit sedang dirawat.

Daripada jumlah tersebut, 8 di unit rawatan rapi dengan 5 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 62 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,041 orang sehingga kini.

FMT

(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!