Upacara perkahwinan di rumah ibadat belum boleh walaupun selepas 10 Jun

Share

Upacara perkahwinan di rumah ibadat masih belum dibenarkan walaupun rumah ibadat di zon hijau dibenar buka bermula 10 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan buat masa ini kebenaran diberikan untuk kegiatan keagamaan penting, dan sebarang kegiatan di rumah ibadat masih terikat tatacara operasi standard yang ketat.

“Upacara kematian di rumah ibadat juga tidak dibenarkan. Untuk aktiviti kebumi, mereka boleh kebumi terus di tanah perkuburan dengan jumlah hadir tidak lebih 20 orang,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail memaklumkan SOP rumah ibadat dipersetujui semua wakil agama dalam perbincangan bersama menteri perpaduan.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan ke atas upacara perkahwinan yang diadakan di sebuah kuil di Seri Kembangan, selepas video 1 minit memaparkan sekumpulan orang berada di kuil itu tular.

MPV dan kereta kecil

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negeri setuju had bilangan orang dalam 1 kenderaan berdasarkan kapasiti kenderaan.

Ismail menjelaskan 4 orang mungkin sesuatu untuk kereta, manakala 6 orang pula mungkin sesuai untuk kenderaan jenis MPV.

Ismail berkata had bilangan orang boleh ikut kapasiti kenderaan apabila ia sudah diwartakan.

“Kita sudah bincang dalam mesyuarat khas menteri pagi,” katanya.

Beliau menambah, kereta kecil yang membawa lebih daripada 4 penumpang pula bergantung pada budi bicara polis.

FMT

(Visited 23 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!