Pusat kuarantin teruk di Sabah, kebodohan apakah ini – Najib

Walaupun masih Raya, saya tak sanggup tahan apabila membaca cara DAP menipu Rakyat dan bermain tai-chi.

Lagipun artikel semalam ini berkait saya dan melibatkan kesihatan dan keselesaan ribuan Rakyat Sabah.

Penulis artikel semalam ini ialah John Wong Yu Ling.

Dia pegawai Ahli Parlimen Kota Kinabalu DAP Chan Foong Hin.

Minggu lepas, Pamela Yong dari MCA Sabah mengeluarkan kenyataan untuk kritik dan suruh kerajaan Sabah memperbaiki pusat-pusat kuarantin Covid.

John Wong pun jawab untuk pertahankan boss dan mengecam MCA:

1. Ya, keadaan kuarantin di Kota Kinabalu memang teruk.

2. Ya, memang benar bahawa ianya kerajaan Sabah yang menawar pusat kuarantin kepada Kementerian Kesihatan.

3. Tapi ianya salah kerajaan pusat kerana bersetuju dan menerima pusat kuarantin dengan keadaan teruk itu.

4. Lagipun boss saya Chan dah lama kritik kerajaan pusat tentang pusat kuarantin Kota Kinabalu yang teruk itu dalam posting dia pada 2 April 2020 yang mendapat 1,200 komen.

Eh.. John. Ini jawapan Najib:

1. Isu ini bukan baru. Sejak awal bulan lepas, ramai dah mengadu tentang keadaan pusat kuarantin yang teruk ini.

Namun, tiada tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikannya. Sebab itu, MCA Sabah menyuarakannya minggu lepas setelah menerima banyak aduan.

2. Jika kerajaan Sabah dah tahu pusat kuarantin itu teruk, kenapa kerajaan Sabah masih tawarkan kepada kerajaan persekutuan?

Apa kebodohan ini?

Lalu kamu nak salahkan kerajaan persekutuan kerana menerima tawaran Sabah?

3. Kalau ikhlas, carilah tempat yang lebih elok untuk tawarkan. Jika kerajaan persekutuan tak mahu terima tempat yang lebih elok dan tegas untuk pilih pusat yang teruk, baru lah kamu ada hak nak salahkan kerajaan pusat.

4. Posting pada 2 April 2020 dengan 1,2000 komen sebagai bukti Ahli Parlimen DAP dah lama suarakan isu ini pun menipu.

Posting dia itu sebenarnya cuba menyerang saya apabila saya muat naik video keadaan pusat kuarantin yang kurang baik itu dengan alasan ini tanggungjawab kerajaan pusat dan bukan kerajaan Sabah.

5. Masa itu, saya sudahpun balas posting 2 April itu dan suruh dia cari tempat baru atau memperbaiki pusat-pusat itu tanpa bermain politik untuk salahkan kerajaan pusat.

Lalu, saya pun beri link-link kepada posting Ahli Parlimen 2 April itu.

Sebab itu, kamu dapat 1,200 komen di mana 99% daripada komen-komen itu mengecam kamu.

Baca sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156888323320952

Hakikatnya apa?

Sekarang dah hampir 2 bulan sejak isu ini ditimbulkan.

Dua bulan dahulu, ahli parlimen DAP ini dah tahu keadaan pusat kuarantin teruk tetapi nak salahkan kerajaan pusat.

Selepas dikecam sekali lagi minggu lepas, Ahli Parlimen ini masih mahu salahkan kerajaan pusat dengan memberi alasan-alasan yang menipu dan tak masuk akal.

Kenapa tak gunakan tempoh 2 bulan itu untuk menyelesaikan masalah dengen mencari tempat yang lebih elok untuk memperbaiki pusat kuarantin yang sedia ada supaya warga Sabah henti mengadu?

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker