Polis singgah ‘beraya’, lebih 400 kena tindakan

Share

Lebih 400 orang berdepan tindakan undang-undang dalam pemeriksaan polis pada hari raya pertama semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata antara mereka yang dikenakan tindakan dikesan merentas negeri dan berada di kampung halaman tanpa kebenaran.

Sebanyak 14 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan itu.

“Semalam polis menahan 470 individu yang mana 87 individu direman dan 23 individu dijamin atas kesalahan melanggar tatacara operasi standard.

“Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 383 individu atas kesalahan melanggar SOP,” katanya pada sidang media hari ini.

FMT

(Visited 26 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!