TUN DR MAHATHIR DAN DATUK MARZUKI KINI TERBELIT!

  1. Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada 13 Mac bahawa BERSATU bukan lagi sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan kerana ia telah keluar daripada Pakatan Harapan, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pada 18 Mei bahawa BERSATU masih sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan kerana MPT BERSATU tidak pernah membuat keputusan membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan.

Alih-alih malam ini, 21 Mei, bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya, di dalam usaha beliau untuk menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir dan empat Ahli Parlimen BERSATU lain tidak melanggar Perlembagaan BERSATU dengan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen pada 18 Mei, menegaskan pula bahawa mereka hanya menyokong Pakatan Harapan tetapi tidak berada dalam gabungan Pakatan Harapan.

Berbelit-belit sungguh kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir dan Datuk Marzuki ini bergantung kepada apa matlamat yang mahu mereka capai daripada kenyataan tersebut.

Bila mahu menampakkan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar Perlembagaan BERSATU, mereka menyatakan bahawa MPT BERSATU tidak pernah membuat keputusan membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan.



Tetapi bila mahu menampakkan kononnya Tun Dr Mahathir dan empat Ahli Parlimen BERSATU lain tidak melanggar Perlembagaan BERSATU, mereka menyatakan pula bahawa mereka dan BERSATU tidak lagi berada dalam gabungan Pakatan Harapan.

Soalnya sekarang ialah bagaimanakah BERSATU boleh tidak lagi berada dalam gabungan Pakatan Harapan jika BERSATU tidak keluar daripada Pakatan Harapan?

Soalnya sekarang juga ialah bagaimanakah BERSATU boleh keluar daripada Pakatan Harapan jika MPT BERSATU tidak pernah membuat keputusan sebegitu?

Tidak syak dan tanpa ragu lagi, kenyataan terbaru Datuk Marzuki ini sekadar mengesahkan kenyataan beliau pada 24 Februari bahawa MPT BERSATU memang membuat keputusan membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan.



Usahlah cuba membelit lagi kerana kelak diri kamu sendiri yang akan terbelit.

FB: Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker