Hanya 7 pemimpin bahagian PPBM Kedah sokong Dr M sebagai pengerusi parti

Share


Selain Jerlun dan Langkawi, 5 daripada 15 bahagian PPBM Kedah menyuarakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu, selepas surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan berkenaan.

Pemimpin 7 bahagian PPBM Kedah itu dalam satu kenyataan bersama hari ini, kepimpinan Mahathir serta anaknya, Mukhriz di peringkat pusat serta negeri tidak wajar dipertikaikan.

Mereka turut mengecam sebarang ‘usaha jahat’ untuk menyingkirkan 2 pengasas PPBM itu sebagai tidak beretika.

“Kami kesal dengan tindakan individu tertentu, termasuk sebilangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), yang dalam keghairahan menyatakan sokongan kepada Presiden PPBM dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sanggup mengusulkan cadangan memecat Mahathir sebagai pengerusi dan Mukhriz sebagai pengerusi Kedah.

“Harus diingatkan semasa tercetusnya kemelut kepimpinan, MPT telah menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi. Susulan perjumpaan dengan pimpinan parti, Mahathir akhirnya menghormati rayuan MPT supaya kekal sebagai pengerusi.

“Selayaknya, Mahathir kekal menerajui PPBM sebagai pengerusi, jawatan yang dipertahankan tanpa dicabar semasa pencalonan pemilihan jawatan tertinggi parti.”

Kenyataan bersama itu ditandatangani Ketua PPBM Bahagian Merbok dan Timbalan Pengerusi PPBM Kedah, Anuar Abdul Hamid, Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Mohamad Nuhairi Rahmat (Alor Setar), Azimi Daim (Kulim Bandar Baharu), Muhammad Amri Wahab (Pokok Sena) dan Timbalan Ketua Bahagian Jerlun serta Langkawi, A Aziz Mohamud dan Shukor Bahari.

Pemimpin 7 bahagian itu berkata, PPBM hanya akan dihormati rakyat selepas menolak pengkhianatan dan kembali mendokong perjuangan berintegriti serta bermaruah.

“Kami amat berharap kemelut kepimpinan PPBM dapat diselesaikan dengan tuntas dan bijaksana, yang bersendikan akhlak mahmudah bagi meletakkan semula perjuangan semua ahli di landasan lurus dan bertepatan cogankata parti, iaitu bersatu, beramanah, bermaruah.”
FMT

Amat memalukan apabila negeri yang sepatutnya menjadi kubu kuat Mahathir hanya mampu mendapatkan 7 pemimpin bahagian sahaja. Tak semesti semua di bahagian tersebut sokong Mahathir.

(Visited 21 times, 4 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *