Negeri Sembilan tutup sebuah jabatan kerajaan 2 hari selepas kakitangan positif Covid-19

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengesahkan seorang kakitangan sebuah jabatan di Wisma Negeri didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Razali Ab Malik berkata, jabatan berkenaan ditutup selama 2 hari bagi kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya, setelah siasatan dan perbincangan dilakukan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sementara itu, operasi jabatan lain di Wisma Negeri boleh berjalan seperti biasa berdasarkan pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 3 Tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Razali berkata, pentadbiran kerajaan negeri akan terus berhati-hati dengan ancaman Covid-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan warga kerja dan pelanggan yang berurusan.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker