Hulu Selangor zon merah ke-25 · MYKMU.NET

Hulu Selangor zon merah ke-25

Share

KORONAVIRUS l Hulu Selangor kini diletakkan sebagai kawasan zon merah Covid-19 selepas mencatatkan 43 kes positif. Ini menjadikan jumlah zon merah di seluruh negara kepada 25.

Kawasan yang merekodkan lebih daripada 40 kes akan dikategorikan sebagai zon merah, manakala zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau (sifar kes).

Hulu Selangor, yang sebelum ini mencatatkan 34 kes, kini mempunyai 43 kes. Ia adalah salah satu daripada enam zon merah di Selangor. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, daerah lain adalah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

KKMPutrajaya

@KKMPutrajaya
#COVID19 Kawasan zon merah bertambah menjadi 25 mengikut statistik terbaru sehingga 12pm, 9 April.

Daerah baru zon merah ialah Hulu Selangor.

Terus duduk di rumah, penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri.

View image on TwitterView image on Twitter
1,717
11:27 AM – Apr 10, 2020
Twitter Ads info and privacy
2,314 people are talking about this
Kuala Selangor dan Kuala Langat diletakkan di zon jingga dengan masing-masing mempunyai 29 dan 23 kes.

Satu lagi daerah di Selangor iaitu Sabak Berham mempunyai 11 kes Covid-19 dan diletakkan di bawah zon kuning.

Selangor tidak mempunyai zon hijau.

Di peringkat kebangsaan, zon merah paling tinggi adalah Lembah Pantai (424 kes), Hulu Langat (366 kes), Petaling (314 kes), Kuching (196 kes), Seremban (185 kes), Kluang (175 kes) Johor Bahru (159 kes), Klang (152 kes), Gombak (121 kes), Kepong (110 kes) dan Titiwangsa (101 kes).

Ini diikuti oleh Kinta (97 kes), Kota Bharu (85 kes), Tawau (67 kes), Hilir Perak (66 kes), Cheras (64 kes), Jerantut (63 kes) 54 kes), Rembau (51 kes), Batu Pahat (50 kes), Kuantan (50 kes), Putrajaya (47 kes) dan Kota Samarahan (45 kes).

Mkini

Leave a Reply